Skip to content Skip to footer

Harga Emas 999 Malaysia Hari Ini

Harga emas 999 Malaysia hari ini merujuk kepada nilai emas dengan tahap ketulenan tinggi yang popular di pasaran. Emas 999 sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menyimpan emas dalam bentuk pelaburan kerana keseimbangan antara ketulenan dan kos. Dengan memantau harga semasa, pengguna boleh membuat keputusan yang lebih tepat sama ada untuk membeli, menjual, atau menambah simpanan emas mereka.

999
● steady

Daftar AurumLX Secara Percuma

Untuk menjadi Pengedar AurumLX, anda hanya memerlukan RM399 (seumur hidup).

Pengedar Seumur Hidup

Jadilah Pengedar rasmi AurumLX seumur hidup. Tiada tarikh luput dan tiada pembaharuan diperlukan.

Nikmati Mata Ganjaran

Dapatkan mata daripada pembelian anda sendiri dan juga terima mata daripada pembelian downline anda.

Tiada Tekanan

Tiada pengambilan pekerja wajib.
Tidak perlu menyimpan stok.
Tiada sasaran jualan.

Gold Price 999.9 Malaysia

Kenapa Emas 999 Jadi Pilihan

Emas 999 mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9% dan sering digunakan sebagai alternatif kepada emas 999.9. Ia masih dianggap emas berkualiti tinggi dan sesuai untuk tujuan simpanan jangka panjang.

Selain itu, harga emas jenis ini sering dijadikan rujukan oleh pembeli kerana ia lebih mudah didapati di pasaran.

Perbezaan Harga Emas 999 Malaysia Dengan Emas Lain

Jika dibandingkan dengan emas 916 atau 750, emas 999 mempunyai kandungan emas yang lebih tinggi. Ini menjadikan nilainya lebih stabil untuk pelaburan. Namun, emas 916 lebih sesuai untuk barang kemas kerana lebih tahan lasak, manakala emas 999 lebih sesuai untuk simpanan dan pelaburan.

Kelebihan Menyimpan Emas 999 Malaysia

Selain daripada nilai ketulenannya yang tinggi, emas 999 juga dikenali sebagai aset yang stabil dalam jangka masa panjang. Ramai pelabur memilih emas sebagai cara untuk melindungi nilai kekayaan daripada inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.

Dengan mengikuti harga emas 999 Malaysia hari ini, pengguna dapat mengenal pasti masa terbaik untuk membeli atau menjual emas. Ini membantu dalam merancang strategi simpanan yang lebih teratur dan berkesan.

Selain itu, emas juga mudah dicairkan (liquid) berbanding aset lain, menjadikannya pilihan yang fleksibel untuk pelabur baru mahupun berpengalaman.

Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas

Sebagai pembeli emas 999 yang fokus kepada pelaburan, faktor-faktor ini penting untuk anda pantau sebelum buat keputusan:

  • Pergerakan harga emas dunia (XAU/USD) — penanda aras utama untuk emas ketulenan tinggi

  • Kadar pertukaran USD/MYR — emas 999 lebih sensitif kepada pergerakan mata wang berbanding emas kadar rendah

  • Aliran pelaburan institusi dan permintaan simpanan jangka panjang

  • Sentimen ekonomi global dan inflasi — pemacu utama minat terhadap emas sebagai aset lindung nilai

Sebab tu, pelabur emas 999 digalakkan pantau harga secara berkala, bukan beli ikut naluri semata-mata.

Nak bandingkan harga emas 999 AurumLX dengan bank dan dealer lain? Semak Harga Emas Ikut Bank & Dealer di Malaysia.

Soalan Lazim Tentang Harga Emas 999

Emas 999 mengandungi 99% kandungan emas tulen. Angka “999” merujuk kepada tahap ketulenan berdasarkan skala per-mille (bahagian per seribu).

Ketulenan tinggi bermakna nilai emas 999 lebih rapat dengan harga spot pasaran antarabangsa, dengan sedikit potongan untuk kos proses berbanding barang kemas. Ini jadikan dia pilihan utama untuk simpanan jangka panjang berbanding perhiasan.

Emas 999.9 (24 karat penuh) mengandungi 99.99% emas tulen, sedikit lebih tinggi dari emas 999 (99%). Beza harga biasanya kecil, tapi emas 999.9 sering digunakan untuk jongkong rizab dan dinar rasmi.

Ya. Sebab ketulenan tinggi dan spread (beza harga jual-beli) yang lebih kecil berbanding emas rendah karat, emas 999 sesuai untuk mereka yang nak simpan nilai jangka panjang tanpa risau potongan besar semasa jual balik.

Kebanyakan kedai emas dan platform simpanan (termasuk AurumLX) terima buyback emas 999 berdasarkan harga semasa. Semak harga beli balik (buy price) dalam jadual di atas sebelum jual.

Emas simpanan (bukan pakai harian) yang cukup nisab dan haul dikenakan zakat emas. Guna kalkulator zakat emas untuk anggaran, dan rujuk mufti/pihak berkuasa agama tempatan untuk pengesahan.

Emas 999 biasanya datang dalam bentuk jongkong (gold bar) pelbagai saiz gram, dan kadangkala syiling pelaburan. Ia jarang digunakan untuk barang kemas sebab lembut dan mudah calar.

Setiap penjual tetapkan margin/spread sendiri berdasarkan kos operasi dan strategi harga masing-masing, walaupun semua rujuk harga spot dunia yang sama. Bandingkan beberapa sumber sebelum buat keputusan besar.

HARGA EMAS TERKINI

Rujukan Harga Emas Malaysia

Nak lihat harga emas semua ketulenan dalam satu jadual? Rujuk Harga Emas Hari Ini. Nak bandingkan dengan barang kemas 916? Semak Harga Emas 916.

Untuk melihat harga emas secara keseluruhan, anda boleh rujuk halaman utama

Untuk melihat harga emas bagi kategor 99% ketulenan, anda boleh rujuk halaman ini

Untuk melihat harga emas bagi kategori 99.99% ketulenan, anda boleh rujuk halaman ini

Kitco Gold Price

Kitco Gold Price

Ketahui lanjut tentang harga emas di Kitco

World Gold Council

World Gold Council

Ketahui lanjut tentang harga emas di World Gold Council

Chat Icon