Cara Guna AurumLX
Panduan Lengkap untuk Pengguna Baru
Cara guna AurumLX sangat mudah walaupun untuk pengguna baru yang pertama kali membeli emas secara online. Dengan sistem yang telus dan patuh syariah, anda boleh memiliki emas fizikal dalam beberapa langkah sahaja.
Dalam panduan ini, anda akan belajar cara guna AurumLX dari proses pendaftaran sehingga pembelian emas pertama anda dengan cepat dan selamat.
Langkah-langkah di bawah direka khas untuk membantu pengguna baru memahami cara guna AurumLX tanpa sebarang kekeliruan.
Panduan ni cover tiga perkara: cara daftar akaun emas, login kali pertama, dan cara beli emas online melalui platform AurumLX. Setiap langkah ada video dan penerangan bertulis. Sebelum mula, semak harga emas hari ini untuk tahu harga pasaran semasa.
Langkah 1: Daftar Akaun AurumLX
Mulakan dengan membuat akaun anda. Klik butang daftar, isi maklumat asas dan sahkan pendaftaran. Prosesnya online sepenuhnya, percuma, dan siap dalam beberapa minit.
Kalau anda didaftarkan melalui pengedar AurumLX, guna link rujukan mereka semasa mendaftar. Video di bawah tunjuk setiap skrin yang anda akan lalui.
Langkah 2: Login Kali Pertama & Setup Akaun
Selepas berjaya daftar, login kali pertama dan lengkapkan setup akaun. Semak maklumat profil, kenali dashboard, dan cari menu inventory. Di situlah anda pantau simpanan emas anda nanti.
Luangkan beberapa minit explore dulu sebelum beli. Bila dah faham layout dashboard, urusan jual beli lepas ni jadi lebih pantas.
Langkah 3: Cara Beli Emas di AurumLX
Sekarang anda dah bersedia untuk beli emas pertama anda. Pilih produk yang sesuai: gold bar, dinar, atau simpanan emas fizikal (PGS) ikut gram. Harga yang dipaparkan ialah harga live berdasarkan pasaran semasa, jadi semak harga emas hari ini dulu kalau nak masuk pada harga yang anda selesa.
Lepas bayaran disahkan, emas anda terus masuk dalam inventory. Pilihan penuh produk ada di halaman gold products AurumLX.
Selepas Beli Emas: Simpan Atau Withdraw?
Emas yang anda beli disimpan secara berkunci dalam Physical Gold Storage (PGS). Anda boleh biarkan ia tersimpan, tambah sedikit demi sedikit setiap bulan, atau withdraw dalam bentuk fizikal bila cukup gram.
Nak jual balik? Platform ada kemudahan buyback, jadi anda tak perlu cari pembeli sendiri. Ahli Prime dan Elite dapat benefit lebih baik. Bandingkan tier di halaman AurumLX Membership.
Soalan Lazim Pengguna Baru AurumLX
Berapa yuran untuk buka akaun AurumLX?
Akaun asas percuma, tiada yuran langganan. Tier berbayar Prime dan Elite ada benefit tambahan seperti referral bonus dan premium withdrawal lebih rendah. Butiran penuh di halaman AurumLX Membership.
Berapa lama proses pendaftaran?
Beberapa minit sahaja. Semuanya online, tak perlu hadir ke mana-mana pejabat. Sediakan maklumat asas anda dan ikut video Langkah 1 di atas.
Emas yang saya beli disimpan di mana?
Dalam simpanan berkunci Physical Gold Storage (PGS) yang disokong emas fizikal sebenar. Anda boleh pantau melalui inventory dashboard, dan withdraw dalam bentuk fizikal bila cukup syarat.
Boleh jual balik emas kepada AurumLX?
Boleh. Guna kemudahan buyback dalam platform, tak perlu cari pembeli sendiri. Harga jual balik ikut pasaran semasa, semak di halaman harga emas hari ini.
Macam mana nak kira zakat untuk emas simpanan saya?
Guna kalkulator zakat emas percuma kami. Harga live dimuatkan secara automatik, anda cuma masukkan berat emas.
Ada masalah login atau lupa kata laluan?
Guna pautan lupa kata laluan di skrin login. Kalau masih tersekat, hubungi kami melalui halaman Contact.

Mulakan Sekarang
Dengan hanya 3 langkah mudah:
- Daftar akaun
- Login & setup
- Mula beli emas
AurumLX memudahkan anda memiliki emas dengan cara yang selamat dan telus.
👉 Daftar sekarang dan mula pelaburan emas anda hari ini.

