Skip to content Skip to footer

Kalkulator zakat emas ini kira zakat anda dalam masa sepuluh saat. Harga emas semasa dimuatkan secara automatik dalam kalkulator, anda tak perlu pergi cari harga sendiri. Untuk semakan penuh, rujuk harga emas hari ini.

999 gold

Kalkulator Zakat Emas (Harga Live)

Gold bar, dinar, syiling atau barang kemas yang disimpan sahaja.
Isi berat emas anda untuk mula kira.
Nisab: 85 gram · Kadar zakat: 2.5% · Anggaran sahaja. Sahkan jumlah muktamad dengan pusat zakat negeri anda.

Cara Kira Zakat Emas

Zakat emas dikira pada kadar 2.5 peratus daripada nilai emas. Untuk emas simpanan, dua syarat kena cukup: berat mencapai nisab 85 gram, dan simpanan genap setahun hijrah. Tempoh setahun ni dipanggil haul.

Formulanya: berat darab harga semasa darab 2.5 peratus. Contoh, 100 gram emas pada RM550 segram bernilai RM55,000. Zakatnya RM1,375. Kalkulator di atas buat kiraan ni untuk anda secara automatik.

Emas Simpanan vs Emas Dipakai: Nisab & Uruf

Emas simpanan bermaksud emas yang tak dipakai: gold bar, dinar, syiling, dan barang kemas yang duduk dalam peti je. Kategori ni guna nisab 85 gram.

Emas dipakai pula barang kemas yang anda pakai secara kebiasaan. Kebanyakan negeri hanya wajibkan zakat bila beratnya melebihi uruf, iaitu had kebiasaan pemakaian di negeri tu. Masalahnya, uruf tak seragam. Ada negeri tetapkan sekitar 150 gram, ada yang sampai 800 gram, dan kaedah kiraan pun berbeza sedikit antara negeri.

Sebab tu kalkulator ni biar anda ubah sendiri kadar uruf. Semak angka terkini dengan pusat zakat negeri anda.

Di Mana Bayar Zakat Emas

Bayaran boleh dibuat di pusat zakat negeri masing-masing dan kebanyakannya dah ada portal online, contohnya PPZ-MAIWP untuk Wilayah Persekutuan dan Lembaga Zakat Selangor. Simpan resit anda. Zakat yang dibayar layak dapat rebat cukai pendapatan individu, jadi ia mengurangkan cukai anda ringgit ke ringgit semasa e-Filing.

Soalan Lazim Zakat Emas

85 gram bagi emas simpanan. Kalau jumlah berat emas simpanan anda capai 85 gram dan cukup haul setahun, zakat wajib dikeluarkan pada kadar 2.5 peratus daripada nilainya.

Ya, untuk emas simpanan. Haul bermaksud simpanan tu kekal mencapai nisab selama setahun hijrah. Lepas cukup haul, kira zakat guna harga emas semasa pada waktu tu.

Ikut negeri. Kebanyakan negeri hanya wajibkan zakat kalau berat emas dipakai melebihi kadar uruf negeri tu. Semak kadar uruf dan kaedah kiraan dengan pusat zakat negeri anda.

Harga emas semasa pada tarikh zakat dikira, biasanya harga emas 999.9 per gram. Kalkulator di atas muatkan harga live secara automatik dan anda boleh laraskan kalau perlu.

Boleh. Bayaran zakat individu di Malaysia diiktiraf sebagai rebat cukai pendapatan. Simpan resit untuk tuntutan semasa e-Filing.

Ya. Dinar, gold bar dan syiling emas yang disimpan semuanya kategori emas simpanan dengan nisab 85 gram. Termasuk juga emas fizikal dalam simpanan berkunci seperti PGS AurumLX.

Kiraan di halaman ni anggaran untuk memudahkan perancangan anda. Jumlah muktamad, sahkan dengan lembaga zakat negeri. Nak pantau nilai emas sepanjang tahun? Rujuk harga emas hari ini dan mulakan simpanan berstruktur dengan AurumLX Membership. Ada emas 916 yang anda fikir nak pajak? Cuba kalkulator pajak emas 916 kami.

Chat Icon