Panduan Emas Patuh Syariah & Zakat Emas
Jawapan Ringkas: Zakat emas wajib dibayar (2.5% daripada nilai emas) apabila simpanan emas mencapai nisab (setara 85 gram emas) dan telah dimiliki genap setahun (haul).
Emas patuh Syariah dan zakat emas ialah dua topik yang saling berkait untuk pemilik emas Muslim di Malaysia. Panduan ini kumpulkan artikel Syariah dan zakat AurumLX supaya Boss boleh urus pemilikan emas dengan lebih yakin.
Artikel Dalam Panduan Ini
Nak Simpan Emas Yang Patuh Syariah?
AurumLX beroperasi dengan positioning patuh Syariah untuk produk emas fizikal.
Ketahui Lebih LanjutKira Zakat EmasSoalan Lazim
Apa maksud emas patuh Syariah?
Emas yang pemilikan, penyimpanan dan transaksinya mengikut prinsip Islam — tiada unsur riba, gharar (ketidakpastian melampau), atau kontrak yang tidak sah dari segi Syariah.
Bila wajib bayar zakat emas?
Apabila emas simpanan mencapai nisab (nilai setara 85 gram emas) dan telah dimiliki genap setahun (haul).
Berapa kadar zakat emas?
2.5% daripada nilai emas yang melepasi nisab.
Macam mana nak kira zakat emas dengan tepat?
Kira jumlah berat emas simpanan, tolak emas yang dipakai secara berterusan (ikut pandangan mazhab tertentu), darab dengan harga emas semasa, kemudian kenakan 2.5% kalau capai nisab.
Emas untuk pakai (barang kemas) kena zakat juga ke?
Bergantung mazhab — sesetengah pandangan kecualikan emas pakaian dalam had munasabah, ada pandangan lain kenakan zakat pada semua emas simpanan. Rujuk pihak berkuasa agama tempatan untuk keputusan muktamad.
AurumLX platform patuh Syariah ke?
AurumLX beroperasi dengan positioning patuh Syariah untuk produk emas fizikal — rujuk halaman membership untuk butiran penuh pensijilan.
English Guides
Related guides in English for this topic.

