Panduan Asas & Ketulenan Emas
Jawapan Ringkas: Emas 916 (91.6% tulen, 22 karat) sesuai untuk barang kemas, manakala emas 999 (99.9% tulen, 24 karat) lebih sesuai untuk simpanan dan pelaburan sebab ketulenan tertinggi.
Sebelum beli atau simpan emas, penting untuk faham dulu asas ketulenan — 916, 999, 24 karat ni apa beza sebenarnya, dan kenapa ia tentukan harga. Panduan ini kumpulkan semua artikel asas AurumLX dalam satu tempat, senang untuk rujuk.
Artikel Dalam Panduan Ini
Apa Itu Ketulenan Emas (916/999/24K)
Perbandingan Ketulenan
Istilah Teknikal Emas
Dah Faham Ketulenan Emas — Bersedia Untuk Mula?
Buka akaun emas AurumLX secara percuma dan mula simpan emas tulen bersijil.
Buka Akaun PercumaSemak Harga EmasSoalan Lazim
Apa beza emas 916 dan 999?
916 bermaksud 91.6% ketulenan (22 karat), manakala 999 bermaksud 99.9% ketulenan (24 karat, paling tulen). 916 lebih tahan lasak untuk barang kemas, 999 lebih tinggi nilai untuk simpanan/pelaburan.
Apa itu 24 karat gold?
24 karat ialah gred ketulenan emas tertinggi, bersamaan 99.9%-99.99% emas tulen tanpa campuran logam lain.
Kenapa emas 916 lebih murah dari 999?
Sebab kandungan emas tulen dalam 916 lebih rendah (91.6% berbanding 99.9%) — campuran logam lain (kebiasaannya kuprum atau perak) menjadikan ia lebih murah per gram.
Emas 916 atau 999 lebih baik untuk pelaburan?
999 secara umum lebih sesuai untuk pelaburan dan simpanan jangka panjang sebab ketulenan tinggi dan lebih mudah dinilai semula, manakala 916 lebih sesuai untuk barang kemas harian.
Apa itu chemical symbol untuk emas?
Au, daripada perkataan Latin ‘Aurum’ — asal-usul nama AurumLX sendiri.
Apa itu gold standard?
Sistem kewangan lama di mana nilai mata wang sesebuah negara terikat terus kepada simpanan emas fizikal kerajaan.
Apa itu gold market cap?
Jumlah nilai keseluruhan semua emas yang pernah dilombong di dunia, dikira mengikut harga pasaran semasa.
Macam mana nak tahu emas yang saya beli tulen 916 atau 999?
Semak hallmark atau cap ketulenan pada barang, sijil daripada penjual, atau beli dari platform yang bersijil seperti AurumLX yang menjamin ketulenan setiap produk.
English Guides
Related guides in English for this topic.

